kita sebagai manusia x perfect...ada je salah yg kita lakukan tanpa kita sedari..sempena nisfu syaaban n sebelum berakhirnya nisfu syaaban ini saya ingin nak memohon maaf kepada sesiapa yg sy kenal n yg membaca blog yg x seberapa ini.kdg2 duk cakap terkasar bahasa ke,duk marah org ke or apa2lah yg diri sy sendiri x sedar.banyak kesilapan yg telah dilakukan dan perlu diperbaiki..moga2 kita ditempatkan di kalangan orng2 yg solehah.
Pengertian nisfu Syaaban
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya,
“Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
15 Sya'ban jatuh pada tanggal 17 Julai 2011. (Malam Nisfu Sya'ban pd hari Sabtu 16 Julai 2011, Malam Minggu bermula terbenamnya matahari/maghrib)(Tarikh Hijriah bermula ketika masuknya waktu Maghrib bukan jam 12 am\mlm) Rasulullah S.A.W bersabda: Barangsiapa yang mengingatkan sesama kita tentang kedatangan bulan ini, maka api neraka haram baginya..
bulan syaaban di banyak sgt fadilatnya
Banyak kelebihan sebenarnya dalam bulan syaaban nii.sy juz nak kongsi apa yg telah sy baca
Antaranya ialah sabda Rasul S.A.W bermaksud:
Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa.
Antara amalan yang amat digalakkan dilakukan dalam bulan ini ialah puasa. Amalan ini bolehlah dianggap sebagai satu amalan yang agak sukar, kerana ia benar-benar menguji ketahanan mental, emosi dan fizikal seseorang.
Pada saya mmg menguji ketahanan fizikal dan mental.tp bila kita puasa sy rasa kita jadi lebih kuat n bersemangat. Contohnya,sy berjalan dari suria ke centre point (bukan nak puji ke apa juz sharing).even puasa,tp penatnya x berapa terasa sgt la tadi.sy rasa sy lg kuat bila puasa compare to bila x puasa.bila x puasa klu berjalan mulala penatla,sakit kakila,nak minum airla..mcm2.
Berpuasa adalah amalan yang banyak ganjarannya jika dilakukan dalam bulan ini. Ini bertepatan dengan sabda Rasul S.A.W bermaksud, Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas dari kegelapan alam kubur, bebas dari hura-hara munkar dan nankir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya.
I'm juz sharing apa yg telah sy baca..wallahualam..bye!!
No comments:
Post a Comment