Mari Klik

Dec 9, 2013

Kalimah

Salam alaik

Manusia bukanlah sempurna tetapi manusia mencari kesempurnaan
Manusia hanya merancang yang terbaik
Tetapi Allah punya rancangan lagilah terbaekk

Bila masa senang ada manusia lupa Allah
Bila masa susah manusia akan ingat Allah
Tapi Allah sentiasa ingat umat-umatnya

Allah is great :)

Oct 27, 2013

Jom bersedekah

Bismillahirrohmanirrahim...



Assalamualaikum..

Lama giler aku menyepikan diri dan membawa diri dari dunia blog..nama blog pon dah bertukar.rasa macam buat blog baru pula.ahaha.macamlah ada orang nak baca blog aku ni kan.picisan je..tapi tu tak penting yang penting aka rasa nak menulis harini mcm orang yang tengah craving nak makan something tuuu.macam tulah rupanyaa..bahaya nie.eheh.

Ni aku terjumpa dekat facebook and I like these quote.pada aku, janganlah kita berlokek untuk bersedekah. walaupon 10 sen pon tak apa asalkan niat kita ikhlas nak derma. kadang-kadang dalam realiti kehidupan ini kita sendiri tidak perasan bila kita bersedekah tiba-tiba mak kita dapat adiah, kakak kita dapat kerja, adik kita dapat masuk asrama.secara tidak langsung orang lain akan dapat kebaikannya jugak kan :)

Ingatlah bersedekah membuka pintu rezeki dan janganlah sesekali kita bersedekah hanya untuk mendapat balasan Allah tetapi bersedekahlah seikhlas hati anda.Sedekah adalah saham kita di akhirat nanti tau.

Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-baqarah ayat 245
مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً ۚ وَاللَّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Maksudnya :
Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik
(menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan meperlipat gandakan
pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah
menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan. 


Antara fadhilat bersedekah :
1. Menyembuhkan berbagai penyakit.
2. Menjauhkan dari segala macam kesulitan & masalah.
3. Diselamatkan dari segala keburukan.
4. Menenangkan hati dan jiwa.
5. Melapangkan rezeki.

























 Sampai di sini sahaja. Jazakallahu Khairan Kathira

p/s: Aku nak final exam next week. Doakan aku berjaya ye. kita dah ada instagram.sape-sape yang nak follow kita kat sini.



Feb 12, 2013

Kek di hatiku!!

Assalamualaikum

Aku nak buat RPH nie..hari khamis dah sek...lepas tu lecturer aku begitu rajin nak mengobserve aku mengajar Bi lah pulok. tp aku takda mood nak buat semua itu..oh mood..please come to mama pliss!!!

Aku tengah takda mood ni gara-gara sms yang aku terima pagi tadi..sooo annoying.sabar je lah.huhu
tapi bila tengok gambar kat bawah nie mood aku jadi baik kejap ..mari kita layan je laah gambar budak gediks ni tangkap..mihmihmih



 amaran: kalau anda teruskan jangan salahkan saya.muahaha






 kek rainbow..first time aku makan tau.semua gara-gara instagram.aku tengok ada org post gmbar makan kek rainbow nie.padahal salah sendiri suka sangat mengidam makan macam-macam
time tengok tu..ouchh,telan air liur jelah..
sekali rezeki kek ni depan mata esoknya..dapat jugak rasa(rasa la sangat).
aku suka tengok layer dia..lawaaaaaa....rasa pon sedap cangat..super yummy!!








next,




















apakah ini?sapa tak tahu,pi lah hantuk kepala kat meja..ni pon first time aku makan pavlova.apahal lah perakkk sangat minah nie.sebutan kena betul.jgn sebut nama perakk tu mcm nama negeri aku pulak ye.
rasa dia umpphhhh..sangat sedap tauuu!!crunchy munchy..hehe.sekali rasa tak cukup tau kena rasa lagi dan lagi


 ni pavlova yang dah kena mekap..tak boleh makan dah.sobs..sobs











kek chocolate the super yummmy!!



 tadaa







ok.adakah anda rasa terliur??cepat-cepat klik butang kanan atas..haha




ok.bye!!

Jan 16, 2013

Jan 13, 2013

Ikhlaskan Hati


Assalamualaikum...

dah masuk tahun 2013 dah kan,kejap je masa berlalu.walaupon dah lambat tetap nak wish Happy New Year 2013..banyak impian dan azam tuk tahun nie..berubah menjadi yang lebih baik kan.insyaAllah.amin

Pada kawan-kawan saya mungkin ada yang tak tahu lg saya menjual Vco .alah,Vco Catalyst yg famous amos dulu2 tuh. Mula-mula jual Vco ni tuk tambah income kan. walaupon tak banyak tapi yelah bila elaun lambat keluar bagai kita kena cari side income..hehe. 
but One day terdetik kat hati nie tau, kenapa lah aku jual Vco ni tuk dapat untung? Alangkah bagusnya kalau aku niat nak bantu orang yang ada masalah dari dulu lagi. klu ada penyakit kita kena usaha kan nak ubati penyakit tu. since there niat aku dah berubah. aku ni bukanlah jenis yang rajin sangat promote.haha.klu rajin pon aku promote kat page aku tu lah.
Then one of my junior kat my college makan Vco ni. dia baru makan sebulan dan dia citer kat aku ada perubahan kat muka dia.I'm so happy for her. Aku sendiri pon dapat tengok perubahan dia and dia order lagi.. Pada pendapat aku, bile kita nak buat sesuatu niat tu sangatlah penting. Kita nak bantu orang bukan nak dapat ganjaran dari manusia bagai tp ikhlas kerana Allah S.W.T. Bila kita ikhlas insyaAllah Allah akan permudahkan segalanya..tujuan aku menulis entry ni bukan untuk menunjuk bagai sebab aku tahu aku bukan bagus mana pon. tp aku just want to share apa yg aku alami.hehe.


Semalam aku pegi program 1 hati demi Palestin yg dianjurkan oleh Amal Palestin. Heliza Helmi pon ada sbb dia dijemput sebagai artis jemputan untuk share apa experiences in Gaza. Bile dengar dia cerita,bila dia masuk ke Gaza, rakyatnya penuh dengan senyuman.bukan seperti mana yang kita bayangkan murung,sedih tidak sama sekali tau. Lepastu ada satu part nie, ada seorang doktor ni dia merawat pesakit yang kena bom kat hospital. One day, anak dia yang berumur 2 tahun telefon ayah dia, "Ayah,ayah...bila ayah nak pulang ? adik dah sediakan mainan tuk main dengan ayah". 
Ayah dia menjawab "Adik, kerja ayah belum habis lagi, kalau kerja ayah dah siap nnt ayah balik. Adik main dengan kawan-kawan adik dulu ye.
Anak kecik itu pon meletakkan telefon.
tiba hari yg ke-8 kalau tak silap, anak kecil itu menelefon ayah dia lagi "Ayah,ayah bila ayah nak balik, adik rindukan ayah sangat-sangat" . Ayahnya menjawab "Ayah pun rindukan adik.ada masa nnt ayah pulang ye".
Tiba hari seterusnya, ayah kepada anak kecil ini pon sibuk merawat pesakit di hospital. Tanpa disedari ada bangunan yang terkena bom pada masa itu dan banyak troli yang diusung untuk masuk ke dalam wad. Troli dipenihi dengan pesakit dan salah satu troli itu terdapat seorang kanak-kanak kecil.. Doktor itu pun merawat budak kecil itu sama seperti kanak-kanak lain.
 Tetapi bila doktor itu membukakan kain untuk melihat muka kanak-kanak kecik itu,
alangkah terkejutnya bahawa budak kecik tu adalah anaknya yang menantinya pulang untuk bermain bersama-sama. Doktor itu mencium anaknya untuk kali terakhir sebelum menutupnya kembali. 
Selepas itu,doktor itulah yang si heliza ini nampak menjalani kehidupan seperti biasa tanpa ada riak sedih di mukanya. Begitu tabah dan kuatnya mereka di sana. 
Cerita ini mungkin telah diubahsuai ayatnya..sbb aku cerita based on apa yang aku dengar semalan


next week start praktikum for 3 months...berdebar.kajian tindakan pon menanti..presentation tuk esok pon belum buat lagi.huhu.chaiyok.

salam :)